Tuesday, 5 May 2009

Aku Pun Ada KPI

Aku tak taulah aku ni hepi ke tak hepi. Sebab masa mula-mula cuba berblog bulan dua dulu 15 haribulan, aku ada setting lah aku punya KPI. Kalau aku tak dapat 1,000 hit dalam masa tiga bulan berblog, aku bolehlah pencen, boleh tutup kementerian aku ni. Kalau dapat 1,000 atau lebih, aku sambung. Tapi nampaknya macam boleh aje capai, lagi 13 lagi last aku tengok. Sungguh tak aku sangka. Alah 1,000 bukannya banyak, orang lain dapat banyak tu dalam sehari. Tapi aku ni sapa? 1,000 dalam tiga bulan kira standadlah. Abis tu kenalah sambung ikut janji pada diri sendiri.

Tapi aku ni bab menulis ni susah dapat modal. Bagi nak ghak perah otak. Bila dah dapat tu, nak tulis pulak mengah dibuatnya. Tu maka aku banyak potong dan tampal je. Aku tengok kalau aku tulis, takde yang mengomen. Kalau ada pun, buat komen kesian gaknya. Tapi kalau aku tampal bahan, adelah juga sorang dua yang mengomen. Macamana diorang2 tu ek, pandai betul mengarang, agaknya dah memang bakat. Kalaulah komen aku jadikan KPI dah lama boleh tutup kementerian aku ni.

So macam mana ah? Nak sambung ke tidak, nak sambung ke tidak? Aku baca blog orang rajin juga. Tapi bila aku dengan tanpa malunya mengomen kat blog diorang ni, ada pulak yang nak tutuplah, cutilah lepas tu. Aku rasa macam aku ni jinx pulak. Lain kali aku baca diam-diam jelah, tak payah mengomen. Kot-kot kalau diorang tutup blog, tak lah aku rasa sebab diorang tak berkenan aku mengomen. Bukan aku anon, aku pakai nama blog aku. Haaai kenapalah aku perasan sangat ni?

Dulu ada juga aku pikir nak buat posting title "Ojo Lali Mampir". Nak tarik hit dari Indon konon. Indon kan ramai penduduk. Cepatlah naik meter aku nanti. Dulu-dulu masa aku pegi makan angin ke Singapore ikut jalan lama, ada restoran kat tepi jalan ni, nama dia tulah - "Ojo Lali Mampir". Abang Aji aku kata itu bahasa jawa. Tah macamana aku boleh ingat nama itu ye? Bunyinya menarik agaknya. Tapi rasanya tak perlu buat posting title tu lagi. Hit dah hampir cukup. Lagipun nanti dapat komen bahasa jowo, tegamam aku nanti. Budak-budak kata "kantoi!" Aku agak tak lama lagi perkataan ni akan masuk mainstream bahasa melayu baku. Kalau tak masuk, aku kantoi!

Entah tengoklah nanti, tutup ke tidak blog aku ni. 15 Mei 2009 hari penentuan, lagi sepuluh hari.

13 comments:

Kak Teh said...

Ish, jangan laa nak tutup kedai pulak. Kak teh selalu ke mari,kalau dah tutup kedai ke mana kah akan ku pergi lagi? Memang la mula2 tu tak banyak sangat orang datang dan mengomen. Kak teh mula start dulu dua orang saja komen. Ingat pun nak tutup kedai juga, tapi lama-lama tu boleh tahan jugaklaa. Janganlah tutup kedai, kak teh janji mai buka buku tiga lima kat sini.

Capt's Longhouse said...

Zendy dearest,

Pls don't think about it ! You are my star in the blogging world. You keep me saint at times on the island !. Percaya-lah, betul,,,kalau tak baca your blog even a day, my day is not complete tau.
Loves your write-up and always looking forward to it yaaaaa.

Capt.

Capt's Longhouse said...

tumpang yaaa,

Kak Teh, we have met in London during an airshow before, many ,many years ago-lah. My wife and your sister were classmates in Convent. I was the guy you asked if i were there to purchase an aircraft plus we met again at Malaysia Hall too after that !!!,,,now old memories are back.

Capt.

Saya... said...

Hai Zendra,

ramai peminat tu..nanti capten menangis...heheh..macam penyu menangis kat kapas.

Alah, the hits dont matter, its the writing for yourself, tu yg seronok...kalau org bace, its a plus...can also makes friends/socialize by blogging nih...tak de lah sunyi sgt

Zendra-Maria said...

Good Morning Kak Teh, I see you're up already. Any good dreams last night? Tak jadi tutup kedai gaknye, cuma tak buka 24 jam, hehehe. Blog hopping ni is so addictive especially when I get myself lodged at yours or kama's, then there are so many other places to visit from there. Only that from yours, I cannot right-click, nanti kena jentik jari..... hahaha

Zendra-Maria said...

Aiyyo Capt, seram bulu roma kena panggil dearest. Nasib tak My Dearest One, terus swoon and pengsan nanti.

HAHAHAHAHA Adoiii sakitnya perut tergelak - Capt. memujuk rayu ni. Eh ye ke saya ni penghibur lara? Pssst, in real life I'm quite serious you know.

OK-lah just for you I'll carry on, slowly slowly.

BTW YOU WERE MY 1000th HIT. NO JOKE! You made my day :-D

Kak Teh said...

Zendra, tak 24 hrs pun tak pa. kalau nak kenakan by appointment oun tak pa. Kak teh ni selepas subuh jarang boleh tidork balik. sambil AG dok berzikir, kak teh dok berblog. tak senonoh betoi. So, tu yang jawap yr entry tu.
Oh yang tak boleh right click tu, i pun sendiri terkena sebab bila i nak copy gambark, dia tak bagi. Padan muka.

Capt, oooh so kita jumpa di Farnborough. You pi beli kapai terbang ka? I pun dari convent jugak.

Zendra-Maria said...

Hey Me, penyu menangis kelua' telo'. Capt nangis kelua' apa? hahaha

Ya hits don't matter no more, yay!

Psst, ada pics tu macam choc-fudge lah... what's goin' on?

Saya... said...

Tak dak apa...saja ja..jap nak letak, jap nak buang...ikut mood...hehe...

Capt's Longhouse said...

Tumpang jalan yaaaa.

Kak Teh, yes we met at the Farnborough AirShow and you were talking about your sister with my wife (mereka classmate) plus again at Malaysia Hall kita terjumpa lagi.
I was there to purchase 4 Super Puma AS330L2 helicopters, those were the days where i travelled across the World, reviewing/purchasing aircrafts and helicopters but now am retired on Kapas Island leading a pirate lifestyle yoo ho hoo around plus sailing to my hearts content hahaha.

In fact, i have been following your blog but segan nak comment bcas sebab baru saja main main blog. takut tak kena comment nanti pulak. loves reading your hubby's book n blog too.

Zendy dearest,,,jangan marah nanti Capt menangis keluar pearl hahaha.
am too busy nowadays cuci toilet/sapu rumah panjang/housekeeping/jaga/,,,tak dapat pergi scuba diving lagi, equipment and body dah ready for diving,,,,put on lots of muscles too, perut pon dah hilang tau. hahaha. hitang m'cam african dah.

Zendra-Maria said...

Capt. kalau keluar pearl, wow I've gotta make you cry banyak-banyak. I takut you keluarkan those green thingies......... watchamacallem? GALLSTONES!!! EEEW!!!

Nin said...

Why do you write in the first place? Do you love writing, or do you love the attention you get from writing?

Speaking for myself, I blog simply because I like to put my thoughts into writing and that's it. Komen or no komen... no hal hehehe!

Zendra-Maria said...

Ooops MM, I didn't notice your comment here just now.

Well I don't really LOVE writing, but when people like mamasita say dia baca macam SEDAP aje, wah tu ego-boost lah hahaha

U baca pun u tahu kan my writing like so jerky bila dibaca but then this is one of the ways for me to asah-asah minda yang mula nak berkarat ni ha.

Pasal mengadu komen tu, to borrow from Me, saja angin hahahaha